You are currently browsing the Prince Of Gold weblog archives for July, 2006.

Posted on July 30, 2006 at 1:20 am, 3 views

How Brazil Lost To France?

Got this from my mail. Didn’t notice this one during the live game.

pic26107.jpg

pic12205.jpg

pic22599.jpg

pic00788.jpg

pic13261.jpg

pic24435.jpg

pic29045.jpg

pic07492.jpg

Posted on July 24, 2006 at 12:05 am, 2 views

Lagu Kelakar Peminat Siti Nurhaliza

Lebih dari 200 katadua (comment) diterima dicatatan aku mengenai Lagu Peminat Siti Nurhaliza.

1. Ada yang memuji dan memuja lagu itu.
2. Ada yang menjadi pengadil sambilan adubakat.
3. Ada yang menjadi ustaz dan ustazah menasihati dari mengutuk.
4. Ada yang ingin kesambungan lagu itu.
5. Ada yang ingin lagu itu dirakamkan di CD.
6. Ada yang ingin memuat-turun lagu itu
7. Ada yang mengubahkan kepada format mp3

Kerana media TV3, link dari blogger dan penyanyi lagu itu, blog ini menjadi popular. Kerana blog ini juga, laman-laman web lain yang disertakan disini menjadi popular. Kerana blog ini juga penyanyi dan pencipta lagu itu menjadi popular. Begitu hebatnya dunia media dan internet bila bersatu mengalahkan Tsunami yang sedang berlaku di Indonesia!

Dari hanya sekitar 200 pengunjung yang melayari laman ini setiap hari, ia melangit kepada 2,000 pengunjung pada hari pengumuman Siti Nurhaliza. Pada keesokkan harinya, ia meninggi sehingga 5,000 pengunjung. Ia meningkat keparas lebih bahaya pada 19/7/2006 dengan 13,000 pengunjung. Selepas itu ia perlahan-lahan menurun kepada 11,000 pengunjung terus kepada 9,000 pengunjung dan pada 22/7/2006 ia surut kepada 3,000 pengunjung.

Seperti blog ini, Siti Nurhaliza tidak akan sepopular sekarang jikalau tidak ada orang-orang media, orang-orang internet dan peminat-peminat. Jadi bila peminat-peminat sudah bosan dengan Siti Nurhaliza, dengan sendirinya lama-kelamaan orang akan melupakan Siti Nurhaliza.

Pada 17/7/2006 PutraWorks menduduki tangga ke 30 dalam carta Top Blog WorkPress. Keesokkan harinya ia menaiki tangga ke 10 dengan Fun Song for Siti Nurhaliza & Dato’ K pertama kali memasuki carta Top Posts WordPress di tangga ke 29.

Pada 19/7/2006 pula, PutraWorks terus mendaki ke tangga ke 5 dengan Fun Song for Siti Nurhaliza & Dato’ K mendaki 5 tangga keatas di tangga ke 24. Fun Song for Siti Nurhaliza & Dato’ menerima hit paling banyak dengan 8,500 pengunjung. Keesokkannya PutraWorks masih berada di tangga 5 dengan Fun Song for Siti Nurhaliza & Dato’ K terus menjadi JUARA carta Top Posts.

PutraWorks menjadi blog Top 3 di WorkPress pada 21/7/2006. Fun Song for Siti Nurhaliza & Dato’ K pula terpaksa mengalah dan berada di tangga ke 3.

Apa yang ada di atas pasti akan kebawah, PutraWorks terus jatuh ke tangga ke 7 dengan Fun Song for Siti Nurhaliza & Dato’ K tergolek ke tangga 68 pada 22/7/2006.

Hit Fun Song for Siti Nurhaliza & Dato’ K :
2006-07-17 : 162
2006-07-18 : 2,123
2006-07-19 : 8,333
2006-07-20 : 6,776
2006-07-21 : 5,118
2006-07-22 : 1,439

2006-07-23 : 885
Top Posts : 4
Top Blogs : 18

Jumlah keseluruhannya ketika post ini ditulis: 26,030

Apa apa pun disini aku ingin mengumumkan sesuatu. Penyanyi lagu itu bukannya aku. Tiada kena mengena aku dengan pembuatan video itu. Aku hanya meng-link-kannya disini dari YouTube. Tak pasal-pasal nanti aku kena saman dengan Dato’ Khalid pulak. Penyebar sebenar lagu itu adalah seorang pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Singapura dengan nama samaran Pojan.

Nantikan kemunculan lagu “Biarlah Dato’ K” esok!





About

RSS Feeds

Friends

Meta

Statistics