You are currently browsing the archives for the The Book category.

Posted on April 1, 2009 at 9:13 am, 4 views

April Fool, Ketahuilah Kisahnya

Berbalik kepada perayaan April Fools Day ini, adalah dipercayai bahawa ia bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol, Moors terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fools Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se Islam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah-Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ……rawahu ttirmizi Illal Liqaq

Posted on January 31, 2005 at 6:58 am, 4 views

Sebulan Setelah Tsunami

Tahun 1994, aku ke Sembawang beach bersama 2 temanku. Rancangan kami untuk memancing dan overnite disana.

Jam menunjukkan 1 pagi. Temanku mengajak pergi menjala udang. Sampai ditepi pantai, air laut nampak tenang aje, tiada ombak. Kami diterangi oleh cahaya bulan yang dirindui pungguk. Aku meletakkan radioku di tepi pantai. Kami pun turun ke laut hingga ke paras pinggang. Sementara temanku menjala, aku memerhatikan disekelilingku, takut2 manalah tahu ada ikan jerung atau buaya menjerma secara tiba2, seperti perpatah orang melayu "Air Yang Tenang, Jangan Sangka Tiada Buaya". Kalau ikan duyung yg menjerma, tak apalah… orait pe, boleh ajak kahwin.

Banyak jugak udang dan anak ikan todak yg dapat ditangkap. Sedang kami asik menjala, tiba2 aku perasan yg pembelah langit (horizon line) semakin meninggi. Setelah memerhatikannya selama beberapa saat di bawah cahaya bulan, aku perasan yg ombak setinggi paras kepala sedang menuju kearah kami. By this time, temanku pun dah nampak ombak itu lalu menyuruh aku menyelamatkan radio aku yg berada di tepi pantai sementara dia menarik keluar jalanya.

Aku berlari sepantas "Joe Kilat" untuk menyelamatkan radio ibuku. Tapi malang, baru saja aku menyentuh radio itu, ombak tadi sudah pun sampai dibelakangku dan menolak aku dan membasahi radioku itu.

Aku memusing ke arah pantai dan mencari temanku tadi. Syukur, dia selamat dan hanya basah kuyup.

Tragedi tadi mengingatkan aku pada tragedi 26 Dis 2004. Sudah lebih sebulan tragedi tsunami melanda negeri2 Asia. Aku dapat rasakan pengalaman mereka menempuh hari mati mereka, walaupun ombak yg aku alami taklah setinggi 5 tingkat.

Apakah sebab disebalik tragedi 26 Dis ini? Ada org yg berkata, Allah sedang menunjukkan kebesarannya dengan menghacurkan segala benda kecuali "Rumah Allah". Ada org yg berkata, ini balasan org2 yg menyambut Hari Natal. Ada org yg kata ia disebabkan oleh sekumpulan manusia yg membuat maksiat di tanah suci di Aceh, dan terbaru sekali mereka berkata ia disebabkan oleh experiement negeri Amerika untuk menghasilkan bom dasar laut yg lebih hebat dari bom nuclear.

Bagi aku ada hikmat disebalik peristiwa ini.

a) Peperangan saudara terhenti dinegara2 yg terjejas. Peperangan di Aceh dan di Sri Langkah terhenti. Peperangan antara orang islam dengan org buddha di selatan Thailand pun tak kedengaran lagi.

b) Sifat tolong menolong. Ramai yg tak pernah menderma, alih2 turut menyumbangkan wang mereka. Ramai jugak yg pertama kali tampil menjadi relawan di RC dan badan2 bantuan untuk membantu membungkus pakaian2 yg didermakan.

c) Ruang rumah menjadi lebh luas. Pakaian2 yg lama terperuk didalam almari akhirnya dapat digunakana lagi. Lega otak aku ketika melihat ibu aku mengeluarkan pakaian2 dan kain2 yg sudah lama tidak digunakannya didermakan kepada mangsa2 tsunami.

d) Makanan laut turun harga sebab ramai yg takut nak makan. Pada hari raya aidilalha, aku dapat memakan banyak udang yg gemuk2. yum.. yum..

e) Daging2 korban yg selalunya dibazirkan (mereka ni selalu ambik daging korban ni, simpan dalam peti sejuk dan 2-3 bulan kemudian mereka menghumbangkan kedalam tong sampah) dapat diberi kepada org2 yg tak mampu nak membeli daging.

f) Banyak kerja kosong terdapat dinegeri2 yg terjejas. Yg still unemployed tu bolehlah apply kerja kat sana ya….

g) Penduduk bumi Allah ini berkurang sebanyak 170 000 org. Maknanya kita dapat lebih udara segar dan keluasan bergerak.

h) Org2 ditempat2 yg terjejas mendapat durian runtuh. Dulu mereka memakai baju koyak sana sini, tapi sekarang mereka mendapat baju "baru" (memang baru pe, org kita pakai baju 2-3 kali je lepas tu tak nak pakai lagi). Kalau dulu mereka kais pagi makan pagi, sekarang mereka tak payah kais2 lagi.





About

RSS Feeds

Friends

Meta

Statistics